Hadeef 6 Bulan

26 April lalu pergi checkup Hadeef 6 bulan ..kene cucuk...Hadeef good boy..nangis masa jarum tu cucuk peha dia jek..pastu senyap dah..ibu pujuk2 cakap Hadeef mesti jadi anak yg kuat semangat..anak lelaki mesti kuat, jangan mudah menangis tau..terus dia senyap..alhamdulillah...perkembangan dia dalam 6 bulan ni dah mula dah angkat2 bontot..step bersedia untuk merangkak kut..hihi..suka tgk dia angkat2 bontot dia..comey..hihi..skang ni sume bende dah dicapai dipegang, masuk mulut..kalau duduk kt meja komputer..sgt excited sbb nk ketuk keyboard abah dia..ehehe.
 Alahai anak ibu...paling suka tgk muka dia bila bangun tido...bila  bagi salam..terus senyum..tapi ni gambar tgh mamai... taknak senyum..muka terkezut sbb bangun tido aje kene posing untuk ibu..ahaaa

KOMUNIKASI DGN BABY

SB nak sharing teknik komunikasi ngan anak, penulisnya juga izinkan untuk share moga2 berguna untuk parents diluar sana!!! kebanyakkan teknik SB praktikkan pada Hadeef

1. Luangkan masa 'one-one-one' dengan bayi anda

--> Cari masa untuk bermain dan berkomunikasi dengan bayi anda terutama semasa bayi dalam keadaan senyap kerana waktu ini lah bayi sebenarnya mahu meneroka persekitaran. Tetapi ramai yang tersalah menggunakan masa ini untuk berehat, mandi atau melakukan kerja sendiri.

2. Menyanyi kepada bayi anda

--> Suara ibu sangat menenangkan bayi dan bantu bina hubungan antara ibu dan anak. Jadi menyanyi atau bercakaplah dengan bayi anda.

3. Menari lagu kegemaran anda dengan bayi anda

--> Ini membantu membina hubungan dan saling kepercayaan antara anda dan bayi.

4. Ajuk bunyi dan suara yang bayi anda lontarkan

--> Setiap kali anda berkomunikasi dengan bayi, anda merangsang derianya. Dengan mengajuk komunikasi bayi anda, anda memberikan signal bahawa kasih sayang dan perhatian anda adalah untuknya.

5. Ketawa dan bermainlah dengan bayi anda

--> Ini penting untuk merangsang deria bayi dan menggalakkan komunikasi 2 hala.

6. Tenangkan bayi anda dengan sentuhan

--> Sentuhan fizikal membantu meningkatkan kesihatan, membantu bayi merasa selamat dan mewujudkan kepercayaan bayi kepada anda.

7. Sentiasa 'mata-ke-mata' dengan bayi anda

--> Melihat, menyentuh muka anda dan merenung mata anda amat penting dalam perkembangan bayi kerana ia membantu bayi anda membina kepercayaan kepada persekitarannya.

8. Bercakap dan membaca dengan bayi anda

--> Sentiasa mendengar suara anda membantu komunikasi nya di kemudian hari.

9. Sentiasa peluk dan pegang bayi anda rapat dengan anda

--> Biarkan bayi anda merasakan degupan jantung anda, rasakan kehangatan anda dan menyentuh bayi anda. Ini semua menenangkannya dan membantu tumbesarannya.

10. Sentiasa berikan rangsangan positif kepada bayi anda

--> Setiap sentuhan anda adalah rangsangan positif kepada bayi anda yang amat bermakna untuk tumbesaran bayi anda.

Hadeef mengira jarinya

Semakin hari semakin banyak perkembangan Hadeef..semakin byk kerenahnya..pengalaman indah buat ibu baru cam SB ni..SB nak kongsikan sejak akhir2 ni Hadeef suka mengira jarinya..main2 jari..lenguh mengira..sembur2 air liur..jom sama2 tgk!!

video
Semoga anak ibu membesar menjadi anak yg pintar dan soleh!! Amin...

16 April 2012


As salam..salam ceria buat semua..

harini SB nak share, harini genap 2 tahun pemergian Arwah Ayahanda SB ke rahmatullah..terasa cam baru aje kemalangan tu berlaku..terasa cam terngiang-ngiang lagi suara Arwah di telinga SB..semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..dan sememangnya SB rindu sgt nk jumpa Arwah Ayah dalam mimpi lagi..