HAPPY BESDAY to me!!


Syukur!!!..masih bernafas untuk menikmati pertambahan usia ditahun ini...Amin
Tahun 2013  ini SB menginjak ke usia 29 tahun..

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang utk bernafas di muka bumiMu ya Allah..Sesungguhnya SB sangat2 bersyukur di atas nikmat udara dan kehidupana yag bahagia yg SB kecapi sehingga ke hari ini..

Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku serta insan2 yg menyayangiku, panjangkanlah umurku dalam keimanan serta ketaqwaan, kurniakanlah hambamu ini kesihatan yang baik agar dapat menunaikan segala amanah dan tanggungjawab dari Mu ya Allah..aku bermohon agar diriku sentiasa berada di bawah lindungan serta keberkatan Mu ya Allah..


            Ucapan di atas ditujukan khas buat Mr. LP..
sbb dia x beli lg kek buat SB..tak kira dh belanja mkn..nk jugak kek..
sbb harus anda igt..yg bini kamu ni suka kek...especially cheese cake!!!

thanks abam..muahx3

SALAM ISNIN


JANGAN MENIPU..


Jangan menipu..

Sebabnya?
1) mak call, suruh balik kampung
.. rindu katanya. kita cakap tak

dapatla mak, banyak kerja minggu ni.
KITA MENIPU MAK sebab sebenarnya
kita ni takde duit.

2) adik SMS, minta topup. kita cakap
gaji belum masuk lagi, padahal duit
dah perabih bayar hutang sana sini.
KITA MENIPU ADIK sebab sebenarnya
kita ni takde duit.

3) isteri minta beli baju baru, kita
cakap tunggu hujung bulan. tup tupp..
baju entah ke mana, janji entah
kemana. KITA MENIPU ISTERI sebab
sebenarnya kita ni takde duit.

4) anak merengek, dah lama tak
berjalan. nak ajak pergi makan kat
MCD. kita cakap okey, nanti papa
bawak. bulan ke bulan, bukan takat
makan kat MCD, lalu depan MCD pun
tak. KITA MENIPU ANAK sebab
sebenarnya kita ni takde duit.

5) terserempak kawan kawan lepak kat
Starbuck, dorang panggil ajak join
sama. kita cakap ada hal urgent yang
perlu di settlekan, nanti kita datang
balik. hm, haremmmm nak datang
balik. KITA MENIPU KAWAN sebab
sebenarnya kita ni takde duit.

Nampak tak point di atas? Betapa
pentingnya D.U.I.T dalam kehidupan
seharian kita? Bila takde duit, MENIPU
je kerjanya.

BYAR HUTANG GUNA SYILING 5 SEN

Alkisah baca paper Hmetro harini...terpanggil nk menulis..herm..Erma Fatima..pengarah terkenal tu..byr hutangnya kpd Rebecca Nur Islam guna syiling 5 sen..tak tahulah mmg dikumpul syiling tu ke atau sengaja pergi tukar kat Bank Negara..yang PASTI dia berjaya TUNAIKAN JANJI dia dengan byr hutangnya!!!

Ini sebaliknya dengan manusia diluar sana...herm..hutang keliling pinggang...ckp bukan main bmulut manis..mcm2 alasan yang dibuat..mcm2 cerita rekaan yg timbul..bcakap putar belit..berselindung disebalik personaliti...JANJI HANYA TINGGAL JANJI....bcakap tak pernah jujur...herm...dan JANJI yg dibuat..terutama hutang...SESEN BERKARAT pun tak nmpak dibayarnya!!!

HErm..pepagi Khamis ni rasa geram nk marah sangat lah haiiihhh..

BERMUHASABAH DIRI..


Kadang-kadang, apabila badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa...

* Bukan sebab Allah tak sayang..
* Bukan sebab org aniaya
* Bukan sebab santau atau kerja jin

TETAPI:...puncanya daripada diri sendiri yang tidak mengawal hati

FIKIR DALAM-DALAM..
Apabila musibah menimpa...tak perlu tuding jari kpd sesiapa, yg paling baik bertanggungjawab atas perilaku sendiri..renung dalam2..apa yg telah dilakukan..siapakah yg kita sakiti..siapakah yg kita khianati..adakah kita mengkhianati sebuah ikatan kekeluargaan?? adakah kita mengkhianati ikatan persahabatan?? dan ADAKAH KITA MENGKHIANATI nikmat yg ALLAH bg kepada KITA??

JGN SOMBONG...JGN TAKBUR...KEBERKATAN YANG DICARI...

TENUNG kembali kata2 yg kita ungkapkan..

Peringatan utk diri sendiri dan semua.......--
 feeling hopeful.

SELAMAT HARI LAHIR YG KE-2 ANAKKU


Selamat hari lahir sayangku Hadeef..Alhamdulillah hari ini tanggal 01.11.2011, SB selamat melahirkan insan kecil yg diberi nama Muhammad Hariz Hadeef Bin Hazrizal..semoga Hadeef membesar menjadi anak yang soleh dan bijak..

terharu SB..Alhamdulillah..beribu2 kesyukuran SB panjat kpd Ilahi krn genap 2 tahun juga SB berjaya menyusukan Hadeef dengan susu ibu..Alhamdulillah..akan SB teruskan selagi terdaya..

Hari ini juga sempena besday Hadeef, SB dan LP gi ASNB gi buat Buku Pelaburan buat dia..insha Allah utk kegunaan masa hadapan Hadeef..walaupun agak lambat nk bukak buku pelaburan ASB ni..sbb pelaburan boleh dibuat seawal 6 bln sebenarnya...tapi takpelah asalkan ada buku ni..x lmbt sgt pun sbenarnya kan..hihi..Asalnya nk buat Amanah Saham Didik, tp dana utk pelaburan didik tu dah habis, jadi kene bukak akaun remaja dalam ASB..tak kisahla asalkan buku pelaburan..lepas ni ibu dan abah kene rajin menabung dlm akaun ni lah yer..Insha Allah..

PERCUTIAN KE AVILLION ADMIRAL COVE PORT DICKSON - part 1

Alkisah mengikut LP berkursus di sana..jadi SB dan Hadeef mengikut juga plus dapat bercuti juga..sambil mencari ketenangan menghadap laut...ohhh rindu bau laut dan pantai...(maklum ler selama dah lama x bau pantai dan laut)...

SB amik timeoff thari Jumaat 27/09/2013 tu, kitaorg bertolak ptg tu juga kesana...alahai dekat jer pon PD ngan kawasan SB tinggal...dalam 45 minit aje pjalanan...tapi LP mcm biasa la..amik 1 jam perjalanan..sbb dia suka drive santai2..x suka lelaju...hihi...

Dah lama berangan nk duk sini sbenarnya..duk tgk website dia Avillion Admiral Cove.wah cantiknya hotel ni..ala2 over the sea gituw..akhirnya angan2 dh jd nyata..hihik..Alhamdulilllah..

Meh layan gambor2 kt sini..Ni bilik yg SB dan family duk..best sbb bilik besar....yg ni Premium Room..cukup luas utk Hadeef berlari2..deco2 sgt menawan hati, Modern Concept..I Like!!..sume bersih..


Ni bed kt bilik premium ni..tp time nk tido offkos la rapatkn katil tu kan..kalau x harus je bangun pg sok Hadeef kt bawah katil dah..hah..Tgk tula rupanya bila katil dirapatkan dan dikerjakan si Hadeef tu ha..seronok dia ligan atas tuh..

 
Bilik air dia besar...yg syoknya shower roomnya tuh...uhh seksi gituw

Mulanya mengigau kitaorg cari mana ARAH KIBLAT....biasa hotel lain yg SB pergi kat atas siling kan dia letak..tp kat sini ada dlm drawer petunjuknya...sila bukak drawer kt sebelah tv ek jika menginap kt sini..

Budak ni sesampai je main tipon..bgaya konon ngah ckp tipon ngan org..haiseyymannn..bukan main ekkk

Ni entry pasal dlm bilik..nnt tunggu part 2 lak yer..


Adiosss!!

KATA UZTAZ DON DANIYAL MENGENAI MIMPI



Di pagi Jumaat yg mulia ini..nan indah..redup je..sbb smlm hujan lebat..jd cuaca pagi ni redup mendung aje..Alhamdulillah..masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi nan indah ni..

Dah lama menulis camni....kalu dulu zaman sekolah menengah ar terutamanya ..mmg sajak puisi , madah mmg dlm tanga ar...x penah kering idea...kini..setelah dkat 10 tahun x asah bakat..dah tumpul dah..sekali skala aje menulis camtu..huhu..entah kenapa..sbb mls dah kut!! haha..

Saje je nk ulas apa yg Uztaz Don ckp..tatau ar Uztaz sendiri yg tweet ke atau pembantu dia..tp ada kebenarankah kata2 itu?

  • Sebenarnya mimpi berupa petunjuk atau panduan kepada manusia untuk sesuatu perkara sama ada akan berlaku atau sedang berlaku, dan boleh jadi sesuatu yang sudah berlaku. Dan tafsir mimpi untuk sestiap orang sebenarnya tidak sama. Benar. Memang tidak sama.
  • Adakah boleh diramalkan bahawa mimpi dipatuk ular bermaksud akan menerima jodoh atau didekati oleh seseorang? Atau mimpi tercabut gigi atau gigi yang longgar boleh ditafsirkan sebagai mimpi buruk bahawa ada seseorang dalam keluarga kita sedang sakit atau akan berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga kita? Tidak. Tentu tidak kerana tafsir mimpi hanya boleh ditafsir oleh orang atau individu yang mahir dan faham akan tafsir mimpi sahaja, atau alim ulamak, dan bukan hanya melalui panduan di buku-buku ataupun di internet.
  • Hakikat bahawa setiap individu itu adalah berbeza-beza dari segi zahir mahupun batin. Sebab itu kadangkala kita pernah melihat ada individu yang mampu menembusi alam lain dengan cara yang mudah, dan ada juga dengan cara yang susah. Ada juga yang mudah didampingi dan diganggu oleh makhluk berupa jin atau syaitan dan ada juga yang sukar didampingi oleh makhluk lain. Atau kita boleh beri satu contoh yang sangat mudah...kucing...
  • Perhatikan di mana-mana kedai makan (contoh) yang mempunyai kucing. Perhatikan adakah kucing tersebut datang kepada kita atau orang lain? Ia berupa daya tarikan yang hanya boleh dirasai oleh haiwan kesayangan  Nabi S.A.W ini. Diyakini bahawa jika kucing tersebut suka mendekati individu tersebut bermakna individu tersebut adalah orang yang baik-baik, kerana haiwan seperti kucing ini mempunyai deria rasa yang begitu tajam dan tepat. Wallahualam.
  • Begitu juga dengan mimpi, tak semua mimpi itu benar. Boleh jadi ia cuma mainan tidur atau mainan Iblis untuk menyesatkan anak Adam dengan mempercayai satu mimpi. Lama-kelamaan kita lebih mempercayai mimpi dari mempercayai takdir.

Wallahualam...Salam Jumaat!!

Wordless Wednesday

  Pic taken by Mr. LP (Ryzal Mukhriz)

SELAMAT ULANGTAHUN KE 4 MANJA

Happy Annivesary utk SB dan Mr LP...
Tarikh 24.09.2009 telah menyatukan kami dgn ikatan suami isteri yg sah..



Alhamdulillah dah 4 tahun kami diijab qabul..amin Ya Rabbal Alamin..semoga ikatan kasih sayang ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke syurga..Aminnn..

Disebabkan Mr LP pun ada baca blog ni...SB pun nk luahkan perasaaan kt dia kat sini lah..
"Abang..tmkasih byk2 sbb sayangkan B..jadi suami yg terbaik dan abah yg best buat Hadeef!!!..tmkash sbb dari 11 tahun perkenalan dulu hingga kini  abang tetap sabar melayan kerenah B...love u so much till Jannah..Insha Allah..."


MENANG PERADUAN CIMB BANK MALAYSIA vs BARCELONA

Alkisahnya tetiba dapat satu sms dari CIMB

Hehe..macam mana SB boleh menang patung Octopus nih..SB pun google lah..yelah SB pun dah lupa bila masa masuk peraduan yg sebegini rupa...barulah teringat..aritu ada dapat SMS dari pihak CIMB ni pasal peraduan CIMB Bank Malaysia vs Barcelona nih...SB diminta menjawab soalan sms dengan masa terpantas..soalanya lebih kurang bunyi mcm nih..

Octo theme color is red..TRUE or FALSE..haha...konpemla RED kan...dgn pantasnya SB jawab SMS tu..saje je..kalau ada rezeki dapatlah kan..sbb suka2...dan itulah hasilnya..Alhamdulillah..menang sekali skala pun happy..sbb jarang menang peraduan..hikhik..

Penyebab SB dapat SMS ni dari CIMB pun adalah SB adalah pengguna tegar CIMB CLICKS utk macam2 urusan semasa promosi peraduan ini berlangsung..

tgk sini lagi utk lebih kefahaman
 ok sekian, bubbyee

NILAI RINGGIT MALAYSIA JATUH

As Salam..lama x membebel sini..Alhamdulillah hari ini pagi Jumaat yg indah idea dtg zappp..terus menaip sebelum idea tu hilang...

isu hangat bulan ini...KENAIKAN HARGA MINYAK!!
mmg akan dan telah menjadi topik hangat dimana2 tmpat, dikedai runcit, kedai kopi, dalam bas, di pejabat..di kampung apatah lagi dibandar..kat mana2 shj org akan membicarakan psl kenaikan harga minyak...even kalau tgh tunggu teksi org bas, kalau jumpa org yg x dikenali pun boleh sembang psl harga minyak naik kan!!! 

dan semestinya bila HARGA MINYAK NAIK...rakyat pun akan naik minyak dan HARGA BARANG pun KONFIRM akan naik...KONFIRM ok!!

sedih sebenarnya...bila org miskin akan terus miskin dan org kaya akan bertambah kaya...tapi inilah hakikat kehidupan yg mesti diteruskan di atas muka bumi ini...berbaliklah kepada DIA...bersyukur..dan mesti sentiasa bersyukur..dan berusaha memajukan diri...

satu lagi yg buat SB sedih bila semakin hari NILAI RINGGIT MALAYSIA JATUH...sbb tu kerajaan nk kurangkan defisit negara dengan kurangkan subsidi minyak tuh..duit pengurangan subsidi minyak tu akan/boleh digunakan utk cover kt mana2 bhgian yg rongak..cam kasar lak bunyiknya...jgn salah faham yer...SB x bermaksud gitu..sekadar pendapat...SB terajin lak layari laman web BANK NEGARA MALAYSIA(BNM) yg mmg jelas nilai ringgit malaysia jatuh...setakat semalam..nilai ringit kita dengan USD DOLLAR adalah 3.2800..byk jatuh tuh..itulah yg membimbangkan negara skang nih...tgk jadual nih..sumber BNM

Dan berita yg mengukuhkan negara mengalami kejatuhan nilai ringgit ni dikukuhkan lagi dgn artikel ni yg cakap negara sedang mengalami keberhutangan yang serius..Kerajaan kene buat sesuatu supaya keadaan ekonomi negara kembali stabil dan salah satu langkahya adalah MENAIKKAN HARGA MINYAK...

Yess..SB sendiri pun sangat tak suka bila harga minyak naik..tapi kita kene tgk dari sudut positif dan negatif sesuatu perkara..mesti ada sebab kenapa kerajaan buat camtu...kita marah2..kita gaduh2 pun stilll x dapat nk mengubah keputusan kerajaan...last2 kita kan senyap je sbb minyak tu adalah keprluan harian kita..utk bergerak...nk tak nak tetap kene pakai juga...Lainlah kalau kita pandai nk masuk campur dlm urusan negara ni...but make sure kalau dapat masuk campur..stabilkan harga minyak balik ker kan..hihi...ha..kalau x mampu...duduk diam, kaji dan fahamkan shj kenapa kerajaan TERPAKSA buat mcm nih...Bykkan bacaan dan kajian mengenai hal ini..baru kita faham dan akur..bukan angguk membuta tuli yer...angguk kerana fahamyer..

Baca mengenai keberhutangan negara di sini 

Jadi sekarang..sahutlah seruan HATI sendiri supaya berjimat cermat...yes..dan BIJAK mengatur perbelanjaan..demi masa depan yg GEMILANG!!


ps:..ni sekadar pendapat SB yer..xde kaitan dgn mana2 pihak..pesanan juga adalah utk diri sendiri dan keluarga..Semoga dipermudahkan segala urusan..Aminnn

AKU PUN RASA NAK NANGIS bila "METALLICA BUAT PEMINAT MENANGIS"


As Salam..

Terbaca dlm paper hari ini...
herm..apa pendapat korang...byk pendapat bakal diterima dan diajukan kan..
tp yg pasti..hari ini ....aku yg rasa mcm nk nangis baca berita nih...
umat akhir zamankah??..di saat Egypt telah bergolak nih..sempat lagi diaorg nk menangis sbb band kesayangan diaorg ada depan mata!!!

Baiklah kita semua gi nangis melihat mangsa kekejaman kerajaan Mesir nun ha..
dapat gak pahala..

Muhabasah diri jap...

HFMD aka Penyakit Kaki Tangan Mulut -- menyerang Hadeef

Alkisah..Ahad baru ni Hadeef ada demam sikit, tapi still aktif macam biasa..

Hari Pertama
hantar ke rumah pengasuh dia hari Isnin pun as usual..balik keje ptg tu gi amik dia pengasuh dia ckp ada cam bintik2 kt kaki dan tangan dia..SB pun belek2 kaki tangan dia..aah lah ada ni..kebetulan ada seorg anak pengasuh situ gak, maknye nurse...dia pon tgk gak..katanya mayb Hand Foot and Mouth Disease (HFMD) nih..but to be confirm kene tanya doc gakla..

SB dah x senang duduk, pengasuh dia kata ptg Isnin tu dh tak nk minum susu, SB tgk dlm mulut dia..ada ULSER gak..patut ar xnk minum susu, balik ptg tu biasa mkn nasi/mee, tpi dh xnk mkn...sudah..

Malam tu jg slps berbuka SB dan LP gi klinik check tgk betul ke tak, herm...sah mmg HFMD..herm..apa lagi..terpaksa dikuarantin lah..nasib baik doc tu baik hati atas budi bicara bagi SB MC jaga anak utk selasa tuh..

Balik dr klinik mlm tu x nk minum susu, kesian hadeef..sayu dan sedih hati nih..dia mcm nk minum tp trauma sbb sakit dlm mulut kan..dia letak aje muka dia situ..buat ubat kut..lgsung tertidur gtu aje..owhh sedihnya..



Hari Kedua
Hari selasa pun sama xnk minum susu lg, mkn pun xnk..SB ada search camne nk atasi anak kene HFMD nih, SB ada terbaca yg boleh bg anak mknan/minuman sejuk, teringat kat dlm fridge SB ada buat MILO+PERFORMANCE DRINK+ESP SHAKLEE..SB mmg selalu buat letak dlm fridge..letak sikit dlm cawan..cuba bagi Hadeef dgn sudu, mula2 dia xnk jg, then rasa sejuk kut, dia telan sikit2..start dr tu, SB bagi dia dan bagi dia bubur nasi yg SB dh buat..Alhamdulillah..dia dh start mkn..SB teropong ULSER tu still ada agi dlm mulut dia tp dia nk makan..alhamdulillah syukur...yelah bila anak x mkn..dgn SB sekali x selera makan..gembira sgt bila dia dh start mkn..cuma satu aje..susu badan dia xnk lagi..mungkin still trauma sakit..

SB ingat pesan doc pastikan anak mkn dan minum shj, sbb bila dia kurang air, badan jd makin lemah..itu yg bahaya..tu yg SB takut tuh..

SB bawak pergi hospitak dkat kecemasa pula..yelah bawa ke gov pula, sbb smlm gi swasta..just incase kan..nnt pepe diaorg akan argue kalau pep x rujuk gomen hospital.

Hari Ketiga
Bawa Hadeef ke klinik swasta gak lagi..just to follow up dan minta mc lagi jaga dia..doc bagi another 2 days.

Still makan bubur dan minum milo bancuhan tu ngan air masak....Alhamdulillah..but cuba utk menyusu..rindu dah kut..akhirnya..boleh je minum susu..yeayyy!!

Hadeef alhamdulillah still aktif walaupun sakit camni...mujur x demam..alhamdulillah syukur..

Hari Keempat
Dah boleh mkn makanan lain mcm biasa dah..siap minta keropok goreng mcm biasa..makan , minum susu pun dh normal balik...yipiii ibu dan abah pun gembira..

Mlm bawa gi Klinik just to make sure that he's fine dan boleh  hantar ke pengasuh ..
Doc terkejut sbb cptnya sembuh ..alhamdullillah..still kaki dia ada bintik tp doc kata bintik kt kaki tu x berjangkit..yg berjangkit adaah lelehan air liur bayi tu, seingat SB air liur Hadeef meleleh hanya pada hari pertama dan kdua aje..pastu xde dah..dr hari pertama lagi kat tangan dia hanya ada sikit aje, ada 2 bintik aje..

Hari Kelima
Bagun sahur sekali, main2 dan slps subuh hadeef tido balik...gi hantar ke pengasuh pun still tido..ngantuks sgt tuh..

Alhamdulillah..Hadeef dah sembuh dari HFMD...Syukur Ya Allah..

Kesimpulannya SB rasa penyakit ni boleh diatasi dgn jaga kesihatan dan cuba bg anak mkn/minum..sbb tu SB cuba bg suplemen SHAKLEE tuh..berjaya testimoni kat anak sendiri..mmg bagus suplemen SHAKLEE ni, sampai ke hari ini masih tidak mengecewakan SB dan keluarga..

kalau kawan2 nk tahu pasal suplemen nih, contact la SB yer..manjatrg@gmail.com

Renungan di pagi Jumaat

As salam semua...
wah semua dah mood raya, nk wat keje opis pom dh malas..
SB saje nk kongsikan yg dah meluas org duk share mende nih..
saje buat renungan bersama kan..


uhh..SB kalau diberi pilihan..mahu aje duk umah jd surirumah jaga anak sendiri wooo..
kemas umah..masak bila suami balik..beshnyaaa..jadi surirumah sekali sekala ni pun heaven giless..

Ohh..sudah lama blog ini bersawang

a'aah harini dah masuk 20 Ramadhan 1434H dah...
sedar tak sedar dh 20 hari kita berpuasa..dan hari ini baru tergerak hati nak menulis..sian blogku cayam..bersawang2 dia..tu makan masa skit tu, amik masa bersihkan sawang2 nih..shuhhh shuhh..konon alasan..hhohoho..lalala..

herm..apa nak citer eks..herm..mana nak mulakan eks..adush..payah nim..kat dlm FB, kt merata2 blog ar org duk sibuk bercerita nk iftar apa, nak masak apa, nk wat kueh raya apa...ntah nape tahun ni SB takde mood nk citer semua tu bagai..ntah entah ontah..

Bulan puasa nih, kat sini pasar ramadhan mcm biasalah kat P2 tuh..gerai pun sama mcm biasa byk...dn yg masuk list mestilah nasi kerabu wan atiq..mls nk citer panjang..baca sini..
kat P11, lupa SB nak amik gambar suasana sana..meriah juga..lagi byk gerai jualan dari tahun2 lps..alhamdulillah bolehlah kalau mls nk gi kat P2 tuh..param yg SB kunjungi lagi tahun ni kat bangi..kat blkg hospital annur tuh..diaorg wat sederet param sepanjang jalan..mmg panjang ar param situ..mcm2 ada..uih..mcm2 makanan..nmpak sdap..tp x jumpa lagi nasi kukus dan kerabu cam tahun lps, kt mana ntah dia duduk..last year kat PKNS bangi...payah nk cari satu2..huhu..

Oklah sekadar nk warm up aje..nnt SB basuh lg pala otak ni cari idea..

Selamat Berpuasa semua!!! Semoga sentiasa dilimpahi kesihatan dan kecergasan utk menikmati bulan Ramadhan penuh barakah ini...

AL-FATIHAH..BERHATI2 DIJALANRAYA

Selepas 8 minit kemalangan, SB ada terima gambar kemalangan adik syafiq, pelapis lumba basikal terengganu kat FB..sedih sayu tgk arwah diangkat ke tepi jln manakala basikalnya hancur remuk..Dikhabarkan Arwah masih lg bernyawa ketika itu, perut sebelah kanan arwah pecah, terkeluar usus..diangkat dan dibawa ke HSNZ, tapi beliau telah meninggal dunia..Al-Fatihah buat Arwah..

gambar ehsan google

Tgk gambar kemalangan, teringat kemalangan yg membabitkan Arwah Ayah SB..tapi Ayah SB kemalangan motorsikal..samalah juga kemalangan dengan treler..Dikhabarkan juga Arwah Syafiq pun nak cepat2 bangun slps jatuh tp tak sempat, dia digilis dulu oleh treler tersebut...Sama keadaannya dgn Arwah Ayah SB, org kg situ bercerita kat family SB, katanya arwah mmg nk bangun slps jatuh ketengah jln tu, tp treler tu x sempat brek, mmg betul pon, kalau treler ke bas ke kenderaan berat ni guna brek angin, takleh bhenti mengejut.

Al- Fatihah buat Arwah Ayah dan adik Syafiq ni..muda lagi baru 15 tahun
Ajal dimana2..bersedialah..

Isnin dan selasa lps baru mimpi Arwah Ayah..lama x mimpi dia..dia senyum aje x cakap pepe, blum sempat SB buka mulut nk bcakap ngan dai..tup!! dah tkejut dr tido..

TAK SEDAP HATI..

Entah mengapa dgn SB nih..

beberapa hari kebelakangan ni rasa tak sedap hati...mcm2 fikir..mcm2 yg bmain di fikiran..
Ya Allah..Kau tenangkanlah hati hambamu yang lemah ini Ya Allah..

mood: gusar dlm gelisah..
cannot describe anywords..

KENAPA??

Alahai kemalasan menulis blog tiada!!! kemana pergi kerajinan itu.??
ada idea..tapi bila log in je kaku..

blurr????...herm

20 Amalan Romantik Suami Isteri


======================
20 Amalan Romantik Suami Isteri
======================

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. 

Sekali sekali, mood romantik ini akan menyerikan suasana dan menyemarakkan lagi keintiman suami isteri. Apatah lagi kalau selalu diamalkan. Kasih sayang dapat,pahala pun dapat. Bila lagi nak mulakan kalau bukan sekarang?


utk Mr. LP :
sayang kamu!!!
tmkasih sbb ada juga buat walupun tak semua..ihiii