KENAPA??

Alahai kemalasan menulis blog tiada!!! kemana pergi kerajinan itu.??
ada idea..tapi bila log in je kaku..

blurr????...herm

20 Amalan Romantik Suami Isteri


======================
20 Amalan Romantik Suami Isteri
======================

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. 

Sekali sekali, mood romantik ini akan menyerikan suasana dan menyemarakkan lagi keintiman suami isteri. Apatah lagi kalau selalu diamalkan. Kasih sayang dapat,pahala pun dapat. Bila lagi nak mulakan kalau bukan sekarang?


utk Mr. LP :
sayang kamu!!!
tmkasih sbb ada juga buat walupun tak semua..ihiii

SELAMAT SUDAH MENGUNDI

Ahaaa..
rasanya semua org duk pulun wt entry sebelum mengundi, SB selamber aje wt entry selepas 4 hari mengundi lak tu..maafkan SB..masa tidak mengiizinkan..tak sihat..anak pun x sihat..lagi plak SB kering idea, tapi bila dah ada idea, dak kecik lak dtg mengacau...lgsung mati idea..hihi..

berbalik pada kisah mengundi, SB dan LP gigih balik kampung ngundi, dua2 belah sempat mengundi uu..balik kejor2 jem lagi ..akhirnya sempat juga mengundi..yeah..alhamdulillah sempat SB mengundi buat kali pertama..seronok campur blurr sebenarnya...Mr. LP dah pi mengundi kul 8 pagi lagi..Hadeef lak demam, igt nk tunggu dia kebah ckit baru nk gerak terus ke kakmpung SB, sekali still lg demam, nak tak nak terpaksa juga balik tghari tu sbb takut SB tak sempat mengundi, nasib baik sempat..rasanya SB antara bberapa org terakhir mengundi kut, yelah sampai ke kampung dlm kul 4 ptg, singgah umah dlu, cuci muka, tinggalkn Hadeef kat abah dia, ajak mak SB temankan gi ngundi...berdebor you..sbb first time..cuak pun ada, sbb sorang2 jer..apa yg kita wat semua duk tgk jer..uhuuu..

x kisahlah asalkan selesai dah mengundi, sampaikan bberaa perkara yg patut aku tgk aku miss out..alahai..yg penting aku memangkah dgn jayanya!!alhamdulillah

Hadeef sepanjang balik kg, demam+batuk+selsema..semua perkara yg dirancang tak jadi..uhuu..kesian anak  ibu..panas sgt cuaca di kampung..ksian dia...kesian anak kesian juga ibu yg letih menjaga..ihihihi..dahla dlm kete tak tido mana dia...xleh tido sbb tak selesa agaknya..badan tak sihat..maka ibu pom kene jadi power rangers dlm kete...ye ar..dia demam tapi melasak mcm sihat jek..letih pinggang weh...


INGAT TUH 5 MEI 2013, 
TARIKH KERAMAT PERTAMA KALI MENGUNDI!!!
yezaaa