PERCUTIAN KE AVILLION ADMIRAL COVE PORT DICKSON - part 1

Alkisah mengikut LP berkursus di sana..jadi SB dan Hadeef mengikut juga plus dapat bercuti juga..sambil mencari ketenangan menghadap laut...ohhh rindu bau laut dan pantai...(maklum ler selama dah lama x bau pantai dan laut)...

SB amik timeoff thari Jumaat 27/09/2013 tu, kitaorg bertolak ptg tu juga kesana...alahai dekat jer pon PD ngan kawasan SB tinggal...dalam 45 minit aje pjalanan...tapi LP mcm biasa la..amik 1 jam perjalanan..sbb dia suka drive santai2..x suka lelaju...hihi...

Dah lama berangan nk duk sini sbenarnya..duk tgk website dia Avillion Admiral Cove.wah cantiknya hotel ni..ala2 over the sea gituw..akhirnya angan2 dh jd nyata..hihik..Alhamdulilllah..

Meh layan gambor2 kt sini..Ni bilik yg SB dan family duk..best sbb bilik besar....yg ni Premium Room..cukup luas utk Hadeef berlari2..deco2 sgt menawan hati, Modern Concept..I Like!!..sume bersih..


Ni bed kt bilik premium ni..tp time nk tido offkos la rapatkn katil tu kan..kalau x harus je bangun pg sok Hadeef kt bawah katil dah..hah..Tgk tula rupanya bila katil dirapatkan dan dikerjakan si Hadeef tu ha..seronok dia ligan atas tuh..

 
Bilik air dia besar...yg syoknya shower roomnya tuh...uhh seksi gituw

Mulanya mengigau kitaorg cari mana ARAH KIBLAT....biasa hotel lain yg SB pergi kat atas siling kan dia letak..tp kat sini ada dlm drawer petunjuknya...sila bukak drawer kt sebelah tv ek jika menginap kt sini..

Budak ni sesampai je main tipon..bgaya konon ngah ckp tipon ngan org..haiseyymannn..bukan main ekkk

Ni entry pasal dlm bilik..nnt tunggu part 2 lak yer..


Adiosss!!

KATA UZTAZ DON DANIYAL MENGENAI MIMPI



Di pagi Jumaat yg mulia ini..nan indah..redup je..sbb smlm hujan lebat..jd cuaca pagi ni redup mendung aje..Alhamdulillah..masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi nan indah ni..

Dah lama menulis camni....kalu dulu zaman sekolah menengah ar terutamanya ..mmg sajak puisi , madah mmg dlm tanga ar...x penah kering idea...kini..setelah dkat 10 tahun x asah bakat..dah tumpul dah..sekali skala aje menulis camtu..huhu..entah kenapa..sbb mls dah kut!! haha..

Saje je nk ulas apa yg Uztaz Don ckp..tatau ar Uztaz sendiri yg tweet ke atau pembantu dia..tp ada kebenarankah kata2 itu?

  • Sebenarnya mimpi berupa petunjuk atau panduan kepada manusia untuk sesuatu perkara sama ada akan berlaku atau sedang berlaku, dan boleh jadi sesuatu yang sudah berlaku. Dan tafsir mimpi untuk sestiap orang sebenarnya tidak sama. Benar. Memang tidak sama.
  • Adakah boleh diramalkan bahawa mimpi dipatuk ular bermaksud akan menerima jodoh atau didekati oleh seseorang? Atau mimpi tercabut gigi atau gigi yang longgar boleh ditafsirkan sebagai mimpi buruk bahawa ada seseorang dalam keluarga kita sedang sakit atau akan berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga kita? Tidak. Tentu tidak kerana tafsir mimpi hanya boleh ditafsir oleh orang atau individu yang mahir dan faham akan tafsir mimpi sahaja, atau alim ulamak, dan bukan hanya melalui panduan di buku-buku ataupun di internet.
  • Hakikat bahawa setiap individu itu adalah berbeza-beza dari segi zahir mahupun batin. Sebab itu kadangkala kita pernah melihat ada individu yang mampu menembusi alam lain dengan cara yang mudah, dan ada juga dengan cara yang susah. Ada juga yang mudah didampingi dan diganggu oleh makhluk berupa jin atau syaitan dan ada juga yang sukar didampingi oleh makhluk lain. Atau kita boleh beri satu contoh yang sangat mudah...kucing...
  • Perhatikan di mana-mana kedai makan (contoh) yang mempunyai kucing. Perhatikan adakah kucing tersebut datang kepada kita atau orang lain? Ia berupa daya tarikan yang hanya boleh dirasai oleh haiwan kesayangan  Nabi S.A.W ini. Diyakini bahawa jika kucing tersebut suka mendekati individu tersebut bermakna individu tersebut adalah orang yang baik-baik, kerana haiwan seperti kucing ini mempunyai deria rasa yang begitu tajam dan tepat. Wallahualam.
  • Begitu juga dengan mimpi, tak semua mimpi itu benar. Boleh jadi ia cuma mainan tidur atau mainan Iblis untuk menyesatkan anak Adam dengan mempercayai satu mimpi. Lama-kelamaan kita lebih mempercayai mimpi dari mempercayai takdir.

Wallahualam...Salam Jumaat!!

Wordless Wednesday

  Pic taken by Mr. LP (Ryzal Mukhriz)