Benjolan Di Belakang Telinga Anak (Lyphoma)

Assalamualaikum w.b.t...


Kisahnya SB perasan ada benjolan kecil di  belakang telinga Hadeef, dia nmpak x sakit..kalau ditanya pun dijawabya " tak sakit pun"...mungkin btul dia x sakit..tapi kita as parent risau ler benjolan tu makin lama makin membesor weh. Cuba perhatikan bengkak benjolan ni..sape yg tak susah hati tgk bengkak camni kat anak kan? 

Pergi klinik swasta kat P9 tu then dia refer kes ke Hospital Putrajaya terus, erm kat sana direfer pula ke Klinik E&T..doc confirm ini dipanggil cyst lyphoma atau senang dipanggil Kelenjar Getah Bening. Doc assign utk operate dlm masa sebulan lps tu sbb kalau dibiarkan lama takut bengkak tu pecah dan menyebabkan infeksi yg boleh memudaratkan pula. SB dan LP mmg takut dgr..walaupun nampak sikit je tapi taknak la pepe berlaku kt anak kami nan sorang ni..kami decide ikut cakap doc.


So pada 18/11/2014 tu hadeef masuk bilik operation di Hospital Putrajaya. Daftar masuk wad pd pukul 8.00pg, Malamnya Hadeef kene berpuasa ...nasib awal2 pg tu x mintak nasi lagi..dia ada minta air , tapi main2 supaya dia buat2 lupa..lagipun dia nmpk excited masuk kawasan hospital..mcm masuk kawasan playground..hehehe..

 Ni keadaaan hadeef selepas bedah, masih mamai2..sebelum ibu pergi ke tempat dia di NICU tu , dgr dari luar dia melalak nangis carik ibu..tersedu sedan nangis...slps doc sedarkan dia baru sedar ibu takde..apa lagi melalak la..owh btw utk operation ni doc buat full bius sbb dia budak lagi...kalau dewasa bius area telinga je.



Ini hasil pembedahan..hehe..inilah kelenjar berlebihan yg bersarang dibelakang telinga Hadeef ni, ada sebesar ibu jari SB..ngeri je mengingatkan..doc called this Lyphoma  cyst. Baru SB tahu cyst ni bukan ada dlm rahim wanita shj..kt mana2 pun boleh ada rupanya. Spesimen ni diambil oleh pihak hospital utk dibuat ujikaji makmal katanya..suka hati koranglah doc nk wat kajian ke apa, janji anakku selamat menjalani pembedahan..Aminn Alhamdulillah

Doc bagi appointmt utk lihat pkembangan operation ni, dan Alhamdulillah hadeef sihat dan tiada sebarang infeksi kat bahagian yg sama dah..yg tinggal cuma parut yg mungkin akan dikenang sepanjang hayat. Sbb tu SB karang kat sini supaya esok2 bila SB dh takde, Hadeef dah besar, dia blh baca sendiri apa yg  berlaku kat diri dia masa kecik.

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU HADEEF

01.11.2011  -  01.11.2014

Cukup 3 tahun pada hari ini..
semoga terus membesar dgn sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah..
semoga perjalanan hidupmu sentiasa dipermudahkan ya anakku!

Ibu sayang kamu dunia akhirat!
Ibu belum sempat nk buat majlis hari lahir kamu..
Insha Allah ya..
tp jgn lupa..ibu sentiasa melengkapi hidupmu...