PENGALAMAN: LATIH ANAK TIDUR SENDIRI

HUHU..
sebak lak..nk citer pun sebak..haha ibu touchim lebih nih

mlm tadi abahnya mintak baik2 suruh hadeef tido dlm bilik sendiri, actually nk train dia tido sorang2 x yah bkepit tido ngan ibu abah lagi..katil tu dh makin kecik dh bila si dak hadeef makin besar ni..hihi..buas woo dia tido..sakit blkg ibu kene himpit dek dia.
Hadeef setuju nk tido sendiri..abahnya siapkan tilam bantal utk dia..seronok bukan mainla ckp konon dia dh besar dh big boleh tido sndiri..ok utk setengah jam ptama, abah ibu teman suh dia baca Alfatihah, 3 Qul, doa tido..pastu ibu gosok baju ..tinggallah abah meneman smpi abah pn tertido..kiki
Ibu malas nk teman dh, ibu masuk tido dlu..lain rasanya atas katil takde budak hadeef ni..rasa lapang je katil..haha
Pastu konon dh tido lah tu..abah dia masuk tido..x sampai 5 mnit tido sendiri...ibu..abah..hadeef takutlah...haha ape lagi langsung akut bantal balik masuk bilik ibu abah..cubaan buat pertama kali tak berjaya weh..nmpknya lps ni kene cuba train masa wiken je..kalau buat ari keje..mmg letih weh menunggu dia tido.Kelakor je bila igt semula..
Tapi apa yg ibu nak ckp kt sini adalah perasaan sebak bila 1st time anak tido asing bilik..perasaan tu lain macam weh..gayanya mcm anak pindah umah masuk sekolah asrama lak..haha drama sgt ibu!
Mesti sume ibu rasa camni kan..sebak weh

tu je nk citer..okbai nnt kita train the dragon lagi ek..eh train the Hadeef boy!
ermmm...boleh ke Hadeef tido sendiri eks???!

KISAH BERCUTI KE LANGKAWI 1

Decide nak gi trip ngan opismate on da spot je..beli tiket on9 pun zass zass je..kbtulan tiket MAS promosi murah skit aritu..dgn pantas tanpa berlengah kami grab..pergi ber3 je dengan tiket RM124.54 sorang pergi balik.

Kebetulan dekat2 nak pergi tu tuan tanah diserang demam denggi, maka terpaksalah menyusahkan kakzu & kakshah ber2 je booking bilik hotel ngan cari kereta sewa. Kakzu booked tempat menginap   hotel ni http://www.eaglebay.com.my/  dengan servis Traveloka. Dapat harga RM375 untuk 4 hari 3 malam..murahla kan..so RM125 je sorang..Kak shah lak carik keter sewa..dapat keter Almera dgn kos RM210 sepanjang kami berada di Langkawi tu..RM70 sorang..tugas tuan tanoh kene carik tempat2 menarik utk dilawati bila sampai di tanah Langkawi nnt..fuh dlm sakit2..pala masih dingdong kene denggi..hati melompat2 nk gi sana uolss..haha

Opkoslah i dh mintak izin Mr LP siap2..Mr LP dh lama izinkan gi bercuti ngan kwan2..pergilah berjimba2 katanya..sekali skala lepaskan...1st time tu gi jalan tanpa suami ngan anak.Sian dak hadeef kene tinggal ngan ibu, ibu terpaksa bagi alasan pergi work di Langkawi, sambil gula2kan dia ckp nnt ibu beli2..siap oder tuh nnt ibu belikan toys car...ibu beli coklat byk2 ya! hamboi bapaknya mengajor ye ckp kt sana byk coklat..tapi opkoslah ibu akan beli ya anak.

So hari kejadian Jumaat 07/10/2016, terpaksa amik timeoff ptg sbb flight kul 6 ptg..so by 3.30 dh kene naik ERL ke KLIA. Flight x delay, kami sampai sana around kul 7ptg..pastu tunggu luggage, then call owner kereta sewa..dlm 8 lebih gak kami gerak dari airport.

Tragedi menyayat hati ni berlaku kat SB ..sedih sbb tpaksa nyusahkan opismate ber2..kisahnya masa dekat KLIA lagi SB dah sakit2 gigi dah..tapi still boleh tahan..ni kesan tampalan baiki gigi yg SB buat kat KLinik gigi P8 tu..skang sakit menyerang kembali..bila dalam kapal sakit gigi tahap puaka je..sampaikan org bcakap org buat apa dh x nak amik peduli dah..sudahnya SB diamkan aje sesekali pejam mata, nk tgk movie dh x lalu dah...rasa mcm duri mencacak2 tumbuh atas kepala.Alahai gigi..geng dh ckp muka SB dh macam apa dah menahan sakit..dapat je kereta sewa terus isi minyak & carik farmasi...Merata cari farmasi ..last2 jupe kat Pekan Kuah..beli painkiller yg paling kuat tapi kene makan dlu sebelum mkn ubat..carikla lagi kedai makan..lps mkn..makan ubat barulah lega skit..Alhamdulillah dh checkin , mandi sume lega boleh tido ngan lena. Ngeri sungguh sakit gigi nih..huhu

Kisah percutian kami bermula disini :- 

Liver Function Test (LFT)

(6/10/2016)
Temujanji kedua di Klinik Kesihatan P9, saya diberi keputusan makmal berkenaan dengan ujian darah yang dibuat di situ seminggu sebelumnya. Relax tapi berdebar menunggu nk jumpa doc di bilik 2 (Dr. Vishalini kaneson ).

Berdebar dan takut x tahu kira dah sebaik dpt resulty, macam2 bermain dlm otak. tanya doc ada kene berpandatng makan ke lps ni, ada ubat kene mkn ke ..doc relax je takde..buat aktiviti mcm biasa minum air kosong lebih je..aishh jawapan doc x meyakinkanlah..org dahla risau takut ni..yelah selama ni mana ada tanda2 sakit ke apa..demam biasa adalah..paling teruk pom DEMAM VIRUS dan DEMAM DENGGGI baru2 ni sampai warded. 
Cuma lately ni perasan ada sakit skit2 kat dada..kejap je mencucuk2..pastu hilang..so far igt sakit biasa je.

Aturan Allah itulah yang terbaik.Mungkin kali ni Allah ingin menduga saya yg selalu leka dengan amanah & nikmat sedutan udara yang DIA berikan. In Sha Allah saya mampu menerimanya dengan tenang dan redha.

Ni laporan makmal ujian LFT saya :




Kalau ikutkan bacaak ALT naik mendadak, so kene amik darah lagi utk dibuat ujian lagi bulan depan (4/11/2016) dan result (11/11/2016).

Adeh nerbes plak mak kene camni. 



Liver Function Test (LFT) - Ujian Fungsi Hati

Ujian fungsi hati ( LFTs ), merupakan satu kumpulan ujian darah yang mengesan keradangan dan kerosakan kepada hati. Melalui ujian ini, ia boleh menyemak bagaimana hati berfungsi. Ujian enzim hati termasuk ALT, AST, alkaline phosphatase; true liver function tests (LFTs) include PT, INR, albumin, and bilirubin.

Kenapa Perlu Semak Fungsi Hati ?

Kerana panel ujian hati diperintahkan sebagai ujian rutin makmal. Ramai doktor memeriksa hati dalam pesakit baru atau semasa pemeriksaan fizikal tahunan.

Doktor perlu menjalankan enzim hati dan ujian fungsi hati jika:
  • mengambil ubat yang boleh merosakkan hati
  • mempunyai penyakit hati
  • mempunyai tanda-tanda penyakit hati atau sistem hempedu (sakit perut, loya dan muntah-muntah, atau kulit kuning)
  • minum alkohol secara berlebihan
Ujian hati boleh dilakukan bersama-sama dalam panel atau diuji secara berasingan.(Am

Jika diperhatikan laporan makmal saya, kesemua ujian adalah dibawah paras normal kecuali Alanine aminotransferase (ALT) dan AST. Bacaan sangat tinggi melebihi paras normal.

Enzim Ujian Hati: ALT dan AST

Penapis hati dan proses darah kerana ia beredar melalui badan. Ia memetobolismakan nutrien, menyahtoksin bahan-bahan berbahaya , membuat protein bagi pembekuan darah , dan melakukan banyak fungsi penting yang lain. Sel-sel di dalam hati mengandungi protein yang dipanggil enzim yang membolehkan tindak balas kimia.

Apabila sel-sel hati yang rosak atau musnah , enzim dalam sel-sel bocor keluar ke dalam darah , di mana ianya boleh diukur dengan ujian darah. Ujian hati memeriksa darah untuk dua enzim hati utama:
  • Aspartate aminotransferase (AST ), Enzim AST juga ditemui dalam otot dan banyak tisu lain selain hati.
  • Alanine aminotransferase (ALT ),  ALT adalah hampir secara eksklusif yang terdapat dalam hati.
Jika ALT dan AST ditemui bersama-sama dalam jumlah yang tinggi dalam darah , kerosakan hati sedang berlaku dan mungkin kerosakan yang serius.

Liver Enzyme Tests: Alkaline Phosphatase, 5’ Nucleotidase, and GGT

Satu lagi fungsi utama hati adalah pengeluaran hempedu , yang membantu mencerna lemak. Hempedu mengalir melalui hati dalam sistem tiub kecil ( saluran ), dan akhirnya disimpan di dalam pundi hempedu , di bawah hati.

Apabila aliran hempedu adalah lambat atau tersekat, tahap darah enzim hati tertentu akan meningkat
  • Alkaline phosphatase
  • 5' nucleotidase
  • Gamma-glutamyl transpeptidase (GGT)
Ujian hati boleh menyemak mana-mana atau semua enzim di dalam darah. Alkaline phosphatase adalah yang paling sering diuji daripada ketiga-tiga di atas.

Jika Alkaline Phosphatase, 5’ Nucleotidase, and GGT adalah tinggi , aliran hempedu sedang bermasalah dan boleh jadi serius. Masalah aliran hempedu boleh disebabkan oleh masalah di dalam hati, pundi hempedu, atau tiub yang menghubungkan mereka.

Ujian Fungsi Hati: PT dan INR


Selain fungsi dalam metabolisme , hati membuat protein yang penting untuk pembekuan darah yang normal . 'True liver function tests' memeriksa keupayaan hati untuk membuat protein. Termasuklah:
  • Prothrombin time ( PT) : Ujian masa yang diperlukan untuk sampel darah membeku , di bawah syarat-syarat tertentu di makmal. Jika tahap rendah faktor-faktor pembekuan hadir , Prothrombin time adalah lebih lama.
  • International normalized ratio ( INR ): Bukanlah suatu ujian sebenarnya, tetapi merupakan satu cara yang seragam bagi semua makmal melaporkan PT, supaya keputusan mereka boleh dibandingkan dengan tepat antara satu sama lain .
PT dan INR meningkat dalam orang yang mempunyai penyakit hati yang teruk kerana hati gagal untuk membuat jumlah biasa faktor pembekuan tertentu. Satu PT tinggi boleh mempunyai banyak sebab-sebab lain selain dari penyakit hati, walaupun begitu;

PT sering diperiksa bersama-sama dengan PTT (partial thromboplastin time), yang sebenarnya bukanlah ujian fungsi hati. Jika PT dan / atau PTT adalah tinggi, masalah dengan pendarahan atau pembekuan boleh hadir.


Ujian Fungsi Hati: Albumin

Hati juga membuat albumin, protein penting yang beredar di dalam darah. Tahap albumin adalah rendah untuk orang yang mempunyai penyakit hati yang kronik dan teruk, kerana hati tidak membuat jumlah biasa albumin. Walau bagaimanapun, paras albumin boleh jatuh dalam pelbagai keadaan perubatan. Tahap albumin rendah biasanya hanyalah sementara, jadi ia bukan cara yang boleh dipercayai untuk mendiagnosis penyakit hati.

Ujian Fungsi Hati: Bilirubin

Bilirubin adalah bahan buangan dari pecahan sel-sel darah merah. Hati memproses bilirubin supaya ia boleh dikeluarkan dalam najis. Bilirubin mengalir melalui saluran hempedu hati , larut dalam hempedu.

Tahap darah Bilirubin meningkat jika aliran hempedu terjejas. Ini boleh berlaku jika ada penyakit hati yang teruk, penyakit pundi hempedu, atau lain-lain keadaan sistem hempedu. Tahap bilirubin yang sangat tinggi menyebabkan penyakit kuning , di mana kulit dan putih mata kuning. Bilirubin boleh menjadi ujian fungsi hati yang berguna dalam orang yang ada masalah aliran. Bilirubin yang tinggi juga boleh hadir dalam orang-orang yang ada anemia hemolitik. 



Semoga kamu dimurahkan rezeki dik!

Pukul 10.57 pagi (25/1/2015)

Selepas kejadian Baby Black dilanggar , bas & motor menjadi kenderaan rasmi SB sekeluarga. Hari ini kami nak melawat AyohDi di Hospital Selayang tapi kami kene naik ERL dulu ke KL Sentral then naik LRT.

Dari rumah, kami ber3 beranak berjalan kaki ke bus stop menunggu bas ke Putrajaya Central, tahan bas yg tertulis ke P/Central, tapi hampa sbb driver bas ckp dia akan ke Alamanda dulu then barulah pusing semula ke sini..kami berkira2 herm..makan masa 1/2 jam lebih lagi tuh..ok takpelah kami tunggu bas lain lah.

Dlm 5 minit, bhenti sebuah Myvi Hitam mempelawa utk menumpangkan kami ke Putrajaya Central, SB dh teragak2..ish org jahat ke ek?? takut lak rasa..skang kan mcm2 berlaku disekeliling kita. Seorang anak muda lelaki kluar dari keretanya , offer utk menumpangkan kami, dia ckp payah nk dpt bas kebetulan hari ini kan cuti extend sempena Thaipusam smlm..SB masih ragu2..MASIH ADA LAGI KE ORG BAIK CAMNI EK SKANG NI?? tapi SB setuju & redha kami akan payah dpt bas setelah anak muda itu membuka pintu blkg keretanya & mengemas brg2nya utk kami naik dgn selesa. MashaAllah baiknya hati kamu dik!! Kat situ nmpk keikhlasannya kan? Berkali2 mohon maaf sbb kereta dia bersepah dgn brg sbb dia nk pindah rumah. Mg jelas kat tempat duduk blkg keter dia penuh brg dgn toto bagai etc.

Rupanya anak muda tu dh nmpk kami tahan bas, dia dh terlanjur ke depan tapi U-turn utk tumpangkan kami...MashaAllah Syukur Ya Allah Kau hantarkan anak muda ini di saat kami kesusahan. Terima Kasih Ya Allah.

Dia ckp dia kbetulan dari Putra Damai nk ke Presint 9, so alang2 apa salahnya tumpangkan kami anak beranak. Peramah elok susun kata budaknya. Sampai di P/Central, LP tanya nk bg duit minyak, ank muda tu menolak dgn baik ikhlas tlg katanya, cuma dia minta kami doakan dia dimurahkan rezeki oleh Allah..MashaAllah..pasti dik.pasti akak doakan kamu. akak tergamam kejap lps dgr kamu ckp camtu sampai TERLUPA nk tanya nama kamu!

Tapi akak mmg igt plat number kereta kamu, InshaAllah pnjg umur kita jumpa dlm keadaan lain..InshaAllah!

Bertuah Mak kamu mengandungkan kamu dik..smoga Rahmat Allah sentiasa melindungimu..amin

Payah nk jumpa org baik skang ni..Alhamdulillah masih ada mcm anak muda ni...Alhamdulillah disebabkan dia kami dpt cpt sampai ke destinasi kami.

sekadar gambar hiasan ehsan google

TRAGEDI JANUARI 2016

Sedih..cannot describe..malang sungguh tak berbau..baby black kami dihentam dari belakang..Bila kita dh berhati2..org lain plak buat silap..yg utamanya kami kene terima hakikat semuanya TAKDIR ALLAH dh tertulis.

Tapi SB kene coretkan buat kenangan kami sekeluarga. Kisahnya 10/1/16  kami pulang dari Hospital Selayang slps melawat AyohDi yg masih koma di ICU. Kejadian berlaku pukul 4.10ptg dlm 10 minit slps dropped Abg Gie di KLIA2. Selepas flyover (jalan pekeliling) menurun bukit sikit tu kbanyakkan sume keter slow utk masuk ke Bulatan (lihat maps)..kami pun tgh beratur le nk masuk bulatan tu, tetiba dumm kali ptama dan dumm kali 2 menghentam Baby Black kami..jantung dh laju..sudah kene jugak keter kami..igtkan sikit je kene cium sbb impak kami kat dlm mcm org tolak kerusi aje..masa tu SB dan kak ipar duk blkg, SB memangku Hadeef yg sdg tido...Alhamdulillah mujur hadeef pn x jatuh sbb Sb grab dia kuat2...bila turun keluar keter terus ketar kaki tangan sbb Allah selamatkan nyawa kami saat tu..Alhamdulillah.
Lokasi kejadian bertanda X (merah)


Dentuman pertama Swift langgar Almera, dentuman ke2 Almera langgar kami pula..so 3 buah keter terlibat.

Beginilah keadaan Baby Black kami.

 Ni masa dh bawak ke Balai Polis Serdang utk buat laporan. Mujur baby black masih boleh gerak walaupun sistem sedikit terganggu, dia pun jadi pening..sian baby black..kalau nk menunggu 2 biji keter lagi tu ntah pukul brapa leh wat report..dahle 2 biji tu kne towing..kitaorg beredar dari balai polis dlm 6.30ptg pun diaorg masih blum sampai.
 Ini kondisi si Almera yg langgar kami (depan)
Almera (belakang)
dipandu oleh uncle yg bkerja dgn company yg ambil hantar kru cabin.
 Inilah SWIFT yg dipandu LAJU oleh student U , suprisingly ini adalah kereta kawannya sbb keter dia sndiri pun masuk bengkel.



Stress mmg stress tgk keadaan baby black , tapi dalam hati SB sgt2 bersyukur krn nyawa kami sekeluarga selamat . SB , LP, dak Hadeef dan kak ipar SB selamat cuma kak ipar terhantuk sedikit.

Nyawa lebih penting, keter boleh diganti ye dak. beringat dan berhati2 kawan2 ke mana jua anda pergi. dan paling penting!! PAKAI SEATBELT biarpun duduk di belakang.

Persamaan yg berlaku pada hari itu adalah semua kereta yg terlibat adalah kereta berwarna HITAM.


Mood : masih menanti baby black siap dibaiki...huhu..sementara tu pinjam pakai Baby yellow by kakngah